Merombak Perbahasan ‘Mukjizat Al-Quran’

“Keajaiban Saintifik Al-Quran”; tajuk yang lazim kita dengar dan tersebar di serata tempat, risalah di Masjid dan Surau, kempen Dakwah kepada Non-Muslim, dan paling memimbangkan artikel dari laman sesawang ‘Islamik’ dikongsi ribuan pengguna media sosial.  Bahan atau kandungan tulisan sebegini sering digunakan oleh pendakwah untuk membuktikan kebenaran Islam. Peliknya kandungan tulisan seperti ini tetap disebarkan setelah terbukti percanggahan yang berlaku dengan kaedah pendekatan yang digunakan. Pemeriksaan kritis mendedahkan bagaimana ‘kaedah dakwah’ ini bukan sahaja memisahkan kita dari tradisi Islam sebenar, malah mengguna pakai pendekatan gaya Kristian apologetik untuk menyampaikan Islam. 

Contoh kejaiban terkandung dalam Al-Quran:

  1. Quran meramal Bumi adalah berbentuk seperti telur burung unta
  2. Quran menyebut tentang lapisan tektonik
  3. Quran mengatakan darah datang dahulu sebelah tulang 
  4. Quran meramal Big Bang Theory
  5. Quran menerangkan kitaran air 
  6. Quran berbincang tentang embriologi moden 
  7. Quran menyebut besi diturunkan kepada bumi 
  8. Quran memaklumkan yang bumi tidak rata tetapi bulat

Semua ini telah diwahyukan 1400 tahun dahulu!

Kaedah Saintifik dan Al-Quran 

Sebelum ditegaskan mengapa dakwaan kebenaran al-Quran menerusi Sains adalah tidak tepat, kita mesti dahulu jelas tentang apakah itu kaedah sains dan bagaimana ia berfungsi. Sains terhasil dari induksi atau pemerhatian. Data dikumpul dan model dibina untuk menerangkan maklumat tersebut. Sains adalah rawak dalam alam semulajadi dan tidak menerangkan pekara kepastian mutlak. Setelah maklumat baru datang dan membanjiri model sedia ada, teori berubah. Ini terbukti dengan sendirinya dari sejarah sains, dari Ptolemic Model ke revolusi Copernican dan seterusnya teori relativiti am Einstein membelakangi mekanisma Newton. Sains berubah dari masa ke semasa. 

Demikian penggunaan teori saintifik pada telah mengubah isu kepercayaan ke atas bidang kebarangkalian, sekaligus mencapur adukkan kepada Quran yang mempunyai sifat kepastian mutlak. Gambarkan model saintifik seperti kapal, apabila angin dan arus yakni simbol kepada data pemerhatian berubah, maka kapal juga berubah arah. Adakah Quran terus salah jika Sains berubah? Satu tafsiran benar dan satu lagi tidak. Jika kita memilih Sains, adakah Kalam Allah telah salah? Atau kita yang salah menafsir Kalam Tuhan? 

Memilih-milih tafsiran  untuk ditangkap muat dalam dakwaan apologetik ini adalah suatu tindakan yang paling merugikan untuk Islam yang mana Quran harus diguna pakai kesemuanya sekali tanpa dipilih-pilih. Pendekatan seperti ini hanyalah mengundang kekeliruan dan keraguan. 

Kekeliruan dalam Bahagian Penting

Hujah-hujah seperti ini telah mengubah pandangan saya ketika remaja di mana Dr. Zakir Naik menerangkan bagaimana Quran meramal pencarian dalam geologi, cosmologi, dan embriologi, semua itu menakjubkan saya. Hujahnya menjadi titik tolak kepada kebenaran al-Quran dan ramai memeluk Islam dengan ceramah beliau. Walau pada awalnya kefahaman ini mempesonakan melihat kebenaran ramalan sebegitu, kegilaan tersebut tidak berpanjangan. 

Ketika awal zaman kolej, saya melihat video Hamza Tzortzis dan Adnan Rashid berhujah diluar persidangan atheis bersama PZ Myers berkenaan suatu ayat. Adnan bependapat bahawa Quran mendakwa yang tulang terjadi dahulu sebelum daging. Myers dengan serta-mertannya menentang dengan menegaskan kesalahan dakwaan itu. Ia sebenarnya terjadi secara serentak. Adnan Rashid membalas bahawa Quran tetap betul kerana perkataan ‘thumma’ (kemudian) dalam ayat tersebut juga bermaksud secara serentak. Dakwaan tersebut jelas sekali menimbulkan kemaluan dan memburukkan nama Islam. 

Kemudian, air mani itu Kami jadikan sesuatu yang melekat, lalu sesuatu yang melekat itu Kami jadikan segumbal daging dan segumbal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian, Kami menjadikan makhuk yang (berbentuk) lain. Maha Suci Allah, Pencipta yang paling baik. (Al-Mukminun 14) 

Sebenarnya tiada sebab untuk menganggap ayat ini sebagai sandaran kepada dakwaan yang tulang datang sebelum daging atau sebaliknya. Andaian ini adalah unjuran kita sendiri terhadap Quran mengguna pakai tafsiran saintifik. Mengapa guna Quran untuk sahkan Sains dan guna Sains untuk sahkan Quran? Keimanan saya disalut keraguan, saya menghubungi saudara Hamza dan beliau bersetuju untuk berjumpa saya di pejabatnya. Beliau seorang yang baik, bertimbang rasa, dan menyenangkan. 

Beliau menunjukkan artikelnya “Adakah Quran mengandungi Keajaiban Saintifik? Pendekatan baharu dalam menyelaras dan membincangkan perkara Sains dalam Quran” yang mana beliau membuktikan ketidaksambungan hujah “Keajaiban Saintifik dalam al-Quran”. Perdebatan ini meraih populariti pada zaman 90-an kerana Dr. Zakir Naik antara pendokong paling popular terhadap teori itu. Walau popularitinya telah berkurang keseluruhannya, beliau masih terkenal dikalangan ramai individu. 

Mengapa? 

 2 keberangkalian gerakan ini meraih populariti:

  1. Ketidak-pautan atau pemisahan dari tradisi keilmuan Islam yang kaya
  2. Mengguna pakai dakyah apologetik Kristian dalam wacana Islam 

Bermegah dengan “Zaman Keemasan Islam”, acapkali disebut-sebut tentang kemajuan saintifik dan penemuan hebat. Ramai yang menyalah anggap bagaimana Islam di zaman itu berjaya melahirkan ramai ilmuwan agong dan menghasilkan karya-karya yang menakjubkan. Ini tidak lain adalah hasil sampingan dalam tradisi intelek yang mengutamakan pemikiran falsafah dan pemikiran kritis. 

Ulama Islam dahulu, memotivasikan ayat Quran yang menuntut seseorang untuk patuh akan hukum syarak dan melihat tanda kewujudan Tuhan dalam alam semesta dengan kacamata ilmu, seraya menghasilkan karya yang hebat dalam falsafah, agama dan sains. 

Sains alat dalam Islam?

Ahli falsafah sains, Jeffrey Koperski, menyatakan bagaimana sains di bentuk dengan prinsip pembentukan metateorik (metatheoric shaping principles). Hari ini, perkaedahan naturalisma (methodological naturalism), yang membawa dua pengiraan asas, (1) penyebab mekanik (mechanistic causation) dan (2) keseragaman alam (uniformity of nature) adalah prinsip yang paling dominan. Secara asingnya, diperdebatkan bahawa methodological naturalism ini neutral tetapi telah disama ertikan  dengan ontological naturalism, sebuah istilah yang diterangkan oleh pemikir enlightment sebagai materialism. 

Dari sudut pandang metafizik ini, semua yang wujud adalah zat dan tenaga, segala tambahan yang tak dapat dikenal pasti seperti Tuhan, tidak wujud. Memandangkan kaedah saintifik sekarang dibentuk dari methodological naturalism, yang sendirinya terjalin dengan ontological naturalism, ianya jelas bahwa pendekatan “Keajaiban Saintifik dalam Quran” ini akan terus dibuat penyesuaian. Kepincangan ini akan terjadi kerana komitmen metafizik tersebut dalam Sains menyebabkan ketidak-seimbangan jika ingin diadaptasi pada sesetengah pendekatan. Dengan erti kata lain, jika Sains dijadikan sandaran, Quran harus diubah suai sama seperti Sains untuk tampil memberi penjalasan terhadap kejadian yang tak dapat kita jelaskan.   

Kita tidak lagi menghubung atau menyandarkan segala penjelasan pada Tuhan, Sains kini menjadi alat untuk mencari penerangan terbaik, “Keajaiban Saitifik dalam Quran” mengambil penerangan terbaik saintifik dan cuba untuk menyeleras dan mengubah suai Tuhan dan agama-Nya. 

Kecenderungan pendekatan ini bersimptom dari masalah yang lebih kritikal: Muslim tidak mampu untuk mengasah dan membina sudut pandang metafizikal bahwa Tuhanlah penyebab segala kenyataan dan hakikat. Bukan tradisi kita kekurangan jawapan, namun kita yang tidak meneroka tradisi kita sendiri. Dengan itu, pendekatan ini akan terus menerus membiak melainkan kita garap kembali tradisi Islam, dengan rapi menaksir dan mengemukakan model kefahaman dimana Tuhan, bukan naturalisma, adalah ciri ontologik yang muktamad. 

Kata kunci: 

  1. Methological Naturalism/Perkaedahan Naturalisma: Robert T. Pennock menggunakan istilah ini untuk menjelaskan bahawa kaedah saintifik terhad pada penjelasan alam semulajadi dengan tidak mengambil tempat tentang wujud atau tidaknya kuasa ghaib. 
  2. Mechanic causation/Penyebab Mekanik: Teori Penyebab Mekanik berpegang bahawa hubungan metafizikal adalah sangat dekat: dua kejadian berhubung sebab dan akibatnya jika dan hanya ia berkaitan dengan asas mekanisma fizikal yang bersesuian. 
  3. Uniformity of nature/Keseragaman Alam: Prinsip ini menyatakan jangkaan normal berterusan dengan seragam. Cth: jika X penyebab kepada Y, jadi Y seharusnya wujud bilamana X wujud. Khususnya, kesan keseragaman yang lepas akan berpegang pada waktu sekarang dan yang akan datang. 
  4. Naturalisma Ontologik: Semua entiti ruang dan masa harus serupa atau terkandung secara fizikal 

About the author: Anas Malik is a biochemistry graduate currently pursuing his Master’s in Neuroscience. He also studies Maliki Fiqh and Arabic part time. His interests include science, religion, and the philosophy of mind.

One thought on “Merombak Perbahasan ‘Mukjizat Al-Quran’

  1. Alhamdullilah, Finally In Malay. But I’m Still read in English. Haha. Congrats Traversing Tradition

Leave a Reply to Nurul LieanaCancel reply