Shaykh Abdal Hakim Murad juga dikenali sebagai Professor Timothy Winter merupakan antara ahli fikir muslim yang paling terkenal pada era ini. Beliau melibatkan diri dalam beberapa projek seperti mengepalai sebuah kolej di UK, memberi kuliah di seluruh dunia serta menghasilkan beberapa buah nukilan akademik dan polemik (telah kami ulas salah satu bukunya di sini); analisis-analisis yang beliau bentangkan wajarlah diberi perhatian. Tiga tahun lalu, beliau telah memberi sebuah kuliah tentang kemodenan dan cabaran-cabarannya. Beliau hendak membincangkan perihal “Riding the Tiger” (menunggang Sang Harimau) yang mempunyai konotasi yang bersifat konfrontasi (samada bermusuhan atau bermesra) dan bukannya bersifat mengalah/melarikan diri.
Keadaan Semasa
Arus kemodenan telahpun menghancurkan hierarki-hierarki terdahulu; sistem monarki dan semangat persaudaraan keagamaan digantikan pula dengan sistem republik dan tangungjawab sivik. Diutarakan oleh para ahli fikir Zaman ‘Pencerahan’, kemodenan (seperti yang kita ketahui kini) telah membawa kita kepada keadaan semasa. Pasaran bebas menjamin kejayaan mereka yang mempunyai merit sementara sistem kenegaraan memberikan peluang kepada para warganegaranya untuk menyuarakan pendapat mereka kepada masyarakat secara amnya.
Namun demikian, di sebalik pluralisme dan sifat keterbukaan, wujud sebuah ketidakpuashatian yang sedang merebak secara senyap. Populisme dan globalisme bertentangan di Amerika Syarikat dan United Kingdom; warga New York merusuh di Pejabat Pusat Amazon dan Britain melalui Brexit. Semakin banyak kumpulan penentang yang mengangkat ‘tradisionalisme’ sambil mengamalkan xenofobia. Jawapan pihak liberal pula – secara paradoks – ialah mereka ingin memaksa ‘toleransi’ dengan menidakkan segala ideologi yang tidak liberal.
Penyebaran arus kemodenan yang mengikuti Zaman ‘Pencerahan’ bukanlah sesuatu yang khusus kepada negara-negara barat. China, meskipun autoritarian dan bukannya liberal, kini semakin diatomisasikan dalam hubungan sesama ahli masyarakat dan keluarga. Twitter pula dijangka untuk menjadi platform dominan yang akan digunakan dalam Pilihanraya India 2019. Begitu juga dengan negara-negara muslim, konsep-konsep ini seperti cabaran kepada budaya dan perkembangan teknologi telah bertapak di Dunia Muslim; kini negara-negara majoriti muslim meraikan Hari Natal Barat yang dikomersialkan dan warganegara mereka membentuk identiti-identiti kumpulan yang baharu dalam media sosial. Sementara ideologi liberal membentuk kebanyakan perbincangan dan isu-isu, dan arus kemodenan yang semakin rancak, timbullah sebuah persoalan: apakah respons islamik yang betul kepada situasi ini?
Julius Evola dan Puak Pelampau Golongan Kanan
Ulasan Shaykh Abdal Hakim Murad bermula dengan sebuah ringkasan tentang ahli-ahli fikir penentang arus kemodenan di Eropah, yang paling terkenal dan kontroversial antara mereka ialah Julius Evola yang merupakan penulis buku bertajuk “Riding the Tiger” (Menunggang Sang Harimau) yang memberi inspirasi kepada frasa yang digunakan oleh Shaykh Abdal Hakim Murad. Beliau bermula dengan menyebut kenalan-kenalan Evola yang fasis dan rasis. Namun begitu, menurut kepercayaan Islam bahawa Hikmah itu perlu menjadi sebahagian seseorang Muslim, beliau meninggalkan apa yang keruh dan mengambil apa yang baik. Beliau terus melihat pada pemikiran ala-Evola yang beliau rasa berguna untuk membentuk kefahaman tentang arus kemodenan yang Islamik.
Di sini, beliau menyimpang lalu menceritakan tentang ideologi utama zaman moden yakni liberalisme serta percanggahan dalamannya iaitu meskipun liberalisme mengaku sebagi doktrin toleransi, sebenarnya wujud unsur-unsur tidak bertoleransi. Beliau menceritakan bahawa sikap tidak bertoleransi ini semakin nyata pada zaman ini dek kerana xenofobia yang semakin menular dalam Eropah. Hal ini demikian merupakan sebuah tindak balas kepada pluralisme monobudaya yang cuba untuk dikekalkan oleh penguasa-penguasa liberal. Beliau menunjukkan bahawa wujudnya sebuah elemen keganasan dalam sikap tidak bertoleransi liberalisme terhadap apa-apa ideologi yang bukan liberal. Lantas, ini bermaksud bukan sahaja ideologi moden pesaing liberalisme seperti rasisme dan komunisme tidak akan diterima malah ideologi tradisional juga seperti Islam, tidak akan diterima melainkan ideologi-ideologi tersebut diubah suai agar mereka tidak lagi menjadi ‘ancaman’. Dalam erti kata lain, toleransi yang dibawa liberalisme hanyalah sebuah fasad untuk menyembunyikan sebuah niat ke arah homogenisasi.
Kembali kepada Evola, Shaykh Abdal Hakim Murad menggelarkannya sebagai seseorang yang “ prophetic yet tragic” (cemerlang tetapi malang); seseorang yang mempunyai pendapat-pendapat yang bernas tentang kemodenan dan ramalan-ramalan yang tepat tentangnya tetapi terpengaruh dengan idea-idea fasis dan juga (malangnya) mengabaikan ajaran Islam; maka lahirlah wawasan “Europe’s third heritage” (Warisan Eropah Ketiga). Ideologi Evola yang dikenali sebagai Tradisionalisme merupakan sebuah ideologi pesimisme anti-moden yang dipengaruhi oleh amaran-amaran tentang halatuju dunia moden yang kian diaabaikan. Evola menganggap dirinya sebagai seseorang yang mampu meramal masa hadapan, Shaykh Abdal Hakim Murad menjelaskan bahawa dia (Evola) menganggap dirinya sebagai seseorang “aristocrat of the soul” ( pembesar dalam hal-hal kejiwaan) yang mampu mengesan betapa bosannya dan tidak bergunanya dunia yang dibina kemodenan ini; betapa ia sedang menjunam “in the grip of gravity” (dalam cengkaman graviti). Evola dan Rene Guenon (seseorang tradisionalis yang Muslim) percaya bahawa manusia sejagat sudah sampai ke zaman terakhir mereka. Menjangkakan bahawa Hari Kiamat akan tiba tidak lama lagi, Tradisionalis-Tradisionalis ini mencemuh penerimaan pasif dan yakin dengan kebolehan mereka untuk melawan rakasaksa (kemodenan) tersebut. Keyakinan mereka berpunca daripada kelemahan hakiki nilai-nilai material kebendaan kemodenan serta kepercayaan mereka kepada kebolehan manusia untuk mencapai tahap spiritualiti yang tinggi melalui ilmu tradisional. Maka, terbentuklah idea untuk “ride the tiger” (menunggang Sang Harimau) kemodenan.
Shaykh Abdal Hakim Murad secara ringkasnya menyentuh tentang hubungan antara pemikiran Tradisionalis dengan puak pelampau kanan kontemporari Eropah. Beliau menyatakan bahawa bersama-sama xenofobia yang wujud dalam motivasi puak tersebut, wujudnya juga kesedaran tentang keburukan kemodenan serta bahawasanya kehilangan kesucian – yang merupakan pusat tradisi – merupakan satu kesilapan besar untuk manusia sejagat. Jambatan yang menghubungkan pendirian anti-imigran yang rasis puak pelampau kanan Eropah dengan cinta mereka kepada tradisi ialah kehilangan identiti mereka. Identiti Nasional mereka dibiarkan terdedah kepada penyahrasifikasi (pemisahan ras daripada identitinya) kerana monarki deketepikan untuk demokrasi, hierarki untuk kesaksamaan, wira-wira sejarah untuk artis selebriti.
Zaman ‘Pencerahan’ melahirkan konsep negara-bangsa yang sekular dan untuk sekian lama, konsep ini kekal sebagai pengganti kepada organisasi Kristian yang terdahulu. Namun kini, negara-bangsa Eropah sedang menghadapi sebuah krisis identiti. Shaykh Abdal Hakim Murad menyatakan bahawa ini disebabkan oleh serangan gerakan pasca-kemodenan keatas konsep pemuliaan manusia pada Zaman ‘Pencerahan’ yang telah menggantikan pemuliaan Tuhan. Secara ringkasnya, konsep nasionalisme dan negara-bangsa yang telah menggantikan paradigma agamawi telah gagal dan hal ini, bak kata Shaykh, melahirkan bukan sahaja puak pelampau kanan Eropah, bahkan segala manifestasi rasis dan kehilangan muhibbah di seluruh dunia. Jelaslah bahawa kemodenan tidak mampu untuk memuaskan keperluan spiritual manusia.
Muslim Kini: Terlalu Mementingkan Luaran
Sekarang, Shaykh Abdal Hakim Murad fokus kepada para Muslim pada hari ini dan penglibatan mereka dalam kemodenan. Beliau memerhatikan bahawa para Muslim juga sama seperti orang lain yakni mereka materialistik dan mencari-cari identiti, mereka tidak pasti akan ertinya menjadi seseorang Muslim. Kesannya, para Muslim terlalu mementingkan luaran serta mengabaikan yang asas (erti menjadi seorang Muslim) sehingga wujudnya situasi-situasi pelik seperti orang Eropah yang muallaf memakai jubah dan serban; memperlihatkan sebuah Islam yang tidak bersinergi dengan budaya tempatan, ditukarnya baju-baju dan juga nama-nama. Beliau menyokong penyataannya dengan merujuk kepada sebuah kajian neurologikal oleh salah seorang pelajarnya yang menunjukkan bahawa para Muslim negara barat tidak menghayati apa yang mereka katakan (dari segi keimanan). Ini merupakan sebuah penyelewangan bersejarah dan Shaykh Abdal Hakim Murad merujuk kepada pemelukan agama Islam oleh penduduk Pulau Jawa untuk menyangkal penyelewengan ini.
Terpisah daripada Dunia Muslim yang bersambung secara amnya disebabkan oleh Laut India, Islam tidak sampai ke Pulau Jawa dengan bala tentera akan tetapi dengan para peniaga Muslim. Antaranya ialah Wali Songo, pendakwah-pendakwah yang telah memainkan peranan besar dalam penyebaran Islam kepada penduduk-penduduk Pulau Jawa. Shaykh Abdal Hakim Murad mengambil perhatian akan fokus Wali Songo kepada teras-teras Islam. Secara zahirnya, mereka menuruti adat dan budaya tempatan dengan memakai pakaian tempatan, malah mereka juga menukar nama-nama mereka untuk menyesuaikan diri kepada budaya tempatan. Tambahan pula, mereka telah menukilkan puisi-puisi dalam bahasa tempatan, menggunakan gaya bahasa dan struktur tempatan tetapi diisi dengan kandungan islamik. Sehingga hari ini, puisi-puisi tersebut dihafal dan dibacakan oleh umat Islam Pulau Jawa. Bagi Shaykh Abdal Hakim Murad, ini merupakan cara dakwah yang sebenar, memanggil umat manusia kepada Islam tanpa mengecualikan budaya mereka selagi mana tidak bertentangan dengan Islam dan mementingkan zat hakikat (kepercayaan asas) Islam.
Obsesi dengan formalisme (yang zahir) bukan sahaja tidak bijak dari segi budaya, malah ia mungkin akan menghalang orang lain daripada memahami unsur-unsur teras etika Islam dek kerana legalisme yang terlalu mencengkam. Banyak kali sebelum ini, Shaykh Abdal Hakim Murad menegaskan bahawa dengan aspek Islam yang memberi lebih fokus kepada hal dalaman, seseorang muslim akan mampu untuk menghadapi isu etika yang kemodenan ketengahkan dengan lebih mudah, sekurang-kurangnya dari segi persendirian. Maklumat utama yang hendak Shaykh Abdal Hakim Murad utarakan di sini ialah Islam secara tradisinya bersifat pelbagai, dan itu ialah sesuatu yang baik. Umat Islam kini perlu fokus lebih kepada prinsip-prinsip Islam dan bukannya aspek formalistik.
Shaykh Abdal Hakim Murad mengambil dariapada Vincent Mansour Monteil, seorang muallaf perancis yang telah mengarang buku “ The Five Colors of Islam” (Lima warna-warna Islam) di mana dia telah menunjukkan bahawa Islam umpama sebuah pelangi pelbagai budaya yang bersatu/bercampur untuk menjadi sebuah prisma putih melambangkan Tauhid. Monteil percaya bahawa pemahaman Islam sebegini yang menunjukkan sifat-sifat kebolehsuaian dan pada masa yang sama ketidakubahan sebagai kunci penyebaran Islam di Eropah. Monteil mancadangkan agar – untuk mencapai pemahaman dan pengamalan konsep tersebut khasnya untuk Muslim di Eropah – Muslim di Eropah sendiri, orang tempatan mahupun anak imigran – yang sepatutnya menetapkannya. Generasi imigran pertama selalunya tersekat mengimbang antara Islam tempat asal mereka, Islam secara amnya dan kemodenan. Muslim yang lainnya pula hanya perlu mengimbang antara Islam secara amnya dan kemodenan. Shaykh Abdal Hakim Murad turut menuruti kepercayaan Monteil bahawa pemahaman ini merupakan sesuatu yang boleh dicapai; ini menunjukkan yang belilau tidak mahu beralah dan mengasingkan diri secara total dari kehidupan moden.
Kebodohan dalam Menerima Kemodenan
Shaykh Abdal Hakim Murad juga menentang peneriamaan kemodenan secara total. Sebahagian daripada kesusahan dalam menunggang Sang Harimau ini ialah kerana ia sering berubah. Satu perkara yang tidak berubah tentang etika dan moral moden ialah ketentuan bahwa ia akan berubah dalam masa 20 tahun, lantas menyingkirkannya daripada menjadi suatu pilihan yang bijak bagi para Muslim. Beliau mengetahkan contoh reformis-reformis Mesir pada zaman awal kemodenan Mesir yang telah membuka Universiti Barat yang pertama dan mengecualikan wanita yang merupakan suatu perkara yang tidak sealiran dengan Islam tetapi sealiran dengan budaya kebiasaan Eropah pada zaman tersebut. Disebabkan oleh fakta bahawa semua perubahan dalam pemikiran moden berasal dariapda negara-negara Barat, pemoden-pemoden Muslim terpaksa meniru mereka tanpa pengakhirannya dengan kepercayaan bahawa Eropah mempunyai prinsip moral yang lebih baik. Shaykh Abdal Hakim Murad mengatakan bahawa ini merupakan suatu sebab yang utuh untuk Umat Islam mendirikan suatu kod moral yang berprinsip (usul). Beliau dilihat sangat takut akan pendekatan yang terlalu legalistik dan zahir sahaja kerana itu mungkin membawa kepada suatu pendekatan ala-ala kafeteria kepada kemodenan di mana seseorang muslim memilih dasar-dasar kemodenan yang hendak diambil hanya berasaskan sama ada dasar tersebut menuruti Feqah pada zahirnya ataupun tidak, tanpa memikirkan tentang kesan-kesan yang lebih mendalam. Shaykh Abdal Hakim Murad mengaskan bahawa pendekatan ala-ala kafeteria ini – seperti apa yang dilakukan kebanyakan Muslim kini – ialah gila dan mengkhianati keyakinan kepada Islam dan diri sendiri.
Namun, beliau tidaklah pesimistik secara total akan situasi Umat Islam dalam kemodenan; inilah perbezaan beliau dengan ahli falsafah lain seperti Evola dan filsuf Tradisionalis. Beliau mengingatkan para pendengar bahawa di seluruh dunia, Umat Islam masih menuruti solat lima waktu dan Puasa di bulan Ramadan tanpa terkesan dengan keadaan moden. Al-Quran terus dibaca dan Umat Islam masih mengimarahkan masjid. Paling penting sekali, Tauhid masih diangkat, berhala-berhala moden masih gagal untuk mengubah Aqidah Umat Islam. Sebanyak manapun halangan, Islam berjalan terus dan para Muslim sambut sahutan Islam dalam perihal keimanan dan ibadah.
Istirahat Dalaman
Shaykh Abdal Hakim Murad menyimpulkan ucapannya dengan menganjurkan agar para Muslim mengasingkan diri mereka daripada dunia moden, bukan dari segi literal tetapi dari segi batin – sebuah istirahat dalaman. Beliau mencabar penaksiran puak penyindiri akan Hadis Akhir Zaman di mana ia dikatakan mafhumnya para mukmin berlari-lari ke bukit-bukau dengan penegahan Islam terhadap gaya hidup yang mengasingkan diri dari komuniti meskipun untuk beribadah serta dengan contoh yang dibawa Rasulullah S.A.W. dalam bercampur dalam masyarakat. Beliau meringkaskan pendekatan ini sebagai “detachment while being engaged” (pengasingan di samping pergaulan) yang termasuk menerima budya moden tetapi berpaksikan Aqidah Islam. Beliau juga menyatakan, mahupun beliau rasa ia agak ironis, bahawasanya mekipun kita harus pergi mendalami hati dan batin kita unutk kuatkan iman kita – kerana realiti seseorang Muslim adalah terletak di hati (kehadiran Allah dalam hidup kita hanya dapat dihayati dalam hati kita) , ini membuka peluang kepada sebuah kehidupan yang lebih spiritual. Beliau perkatakan semula, pada zahirnya kemodenan ini tidak berperikemanusiaan maka pengasingan diri itu diperlukan, tetapi pemisahan diri daripada komuniti dan masyarakat kita ditegah oleh tradisi.
Natijahnya, mesej Shaykh Abdal Hakim Murad ialah: Di sebalik segala keriasaun yang ada tentang kemodenan, Islam masih kekal terpelihara. Kepercayaan teras serta amalan-amalan asas kita tidak terubah. Kemodenan merupakan suatu ancaman dan bukan kawan, tetapi melawannya secara terus dan langsung tidaklah bijak. Hakikatknya, kita perlu belajar untuk hidup bersama Sang Harimau ini tanpa membahayakan diri.
Kosa Kata:
- Tauhid : Kepercayaan bahawa Allah Tuhan Yang Maha Esa, mesej Islam yang utama.
- Usul: Perkataan Bahasa Arab untuk “Prinsip-Prinsip”.
- Feqah: Berkaitan undang-undang Islam.
Pembacaan yang dicadangkan:
- Julius Evola, “Riding the Tiger” dan “ Revolt Against the Modern World”
- Charles Taylor, “A Secular Age”
- Markus Willinger, “Generation Identity”
About the Author: Sami Omais is a graduate in political science and European history. His interests include traditional Islamic sciences, geopolitics, Middle Eastern history, and Islam in America.
This article was generously translated by Muhammad Shahmi Bin Shahrir, a student.
Disclaimer: Material published by Traversing Tradition is meant to foster scholarly inquiry and rich discussion. The views, opinions, beliefs, or strategies represented in published articles and subsequent comments do not necessarily represent the views of Traversing Tradition or any employee thereof.