Tuhan bukan Bank

Antara masalah yang wujud dalam soal keagamaan seseorang pada masa kini ialah salah faham tentang hubungan antara Tuhan dan manusia. Pehaman kita tentang Tuhan ialah faktor utama yang mempengaruhi cara kita melihat kewajiban dalam agama dan kehidupan secara amnya. Pemahaman Tuhan sebagai sekadar ‘Pencipta’ yang tidak endah tentang makhluk-makhluknya dan kehidupan kita akan membiak perasaan tidak kisah kepada persoalan sama ada Dia telah memberikan arahan untuk diikuti manusia sejagat atau tidak. Lantas, ini akan membawa kepada kehidupan yang sekular.Pemahaman Tuhan sebagai Tuhan yang berdendam – suatu yang selalu timbul dalam pentafsiran “The Old Testament” – pula akan membiakkan suatu hubungan yang penuh dengan hasad dengki dan kebencian antara Tuhan dan manusia. Ini boleh membawa seseorang lebih jauh dari kasih Tuhan, jauh daripada agama. Tuhan yang terlalu beremosi, mampu untuk menghancurkan sebuah bangsa/negara tanpa amaran dan tanpa sebab tidak akan membentukkan hubungan yang akrab, penuh dengan kecintaan dan belas kasihan antara Tuhan dan manusia. Meskipun semua pemahaman ini ialah salah faham yang jelas, ada sebuah pemahaman yang lebih bahaya yakni pemahaman Tuhan sebagai Tuhan yang transaksional.

Apakah Pemahaman Tuhan sebagai Tuhan Transaksional?

Sebahagian besar hari-hari kita, kita bekerja untuk menyara hidup. Selepas kerja berjam-jam sekian lama, kita akan terima sebuah cek/slip gaji daripada majikan kita. Seterusnya, kita terus ke bank dengan gembiranya untuk keluarkan duit tersebut daripada bank kita. Duit merupakan hasil yang kita peroleh daripada usaha kita yang bersungguh itu. Jika kita tidak bekerja atau malas, sudah tentu kita akan menjangkakan kekurangan dalam pembayaran yang kita perolehi. Apa akan jadi jika kita bekerja dengan bersungguh-sungguh tetapi tidak menerima slip gaji/cek dan tidak boleh keluarkan duit? Mungkin kita boleh menerimanya beberapa kali. Sebagai contoh, mungkin bank tutup pada hari itu, ada kesilapan IT, kesilapan majikan dan sebagainya. Lama-lama, selepas banyak kali bekerja tidak bergaji sudah tentu kita akan berhenti bekerja serta-merta. Ini merupakan suatu keputusan yang rasional kerana pekerjaan memang berdasarkan transaksi (transaksional). Tetapi bagaimana pula jika kita melihat hubungan kita dengan Tuhan sedemikian cara?

Ramai daripada kita dengan gembiranya mengumumkan bahawa kita solat, memberi sedekah dan membuat amal kebaikan lain dengan lebih banyak apabila peperiksaan semakin hampir, interview semakin dekat atau perkara besar bakal berlaku. Kita percaya bahawa jika kita cantikkan amal kita untuk sesebuah masa tertentu, doa dan keinginan kita akan dikabulkan oleh Tuhan. Sama ada kita dapat perkara yang kita mahukan tersebut atau tidak, yang akan terjadi ialah dedikasi kita kepada Tuhan akan menjunam selepas keputusan keluar. Amatlah sukar untuk kita memahami sebab kenapa ia berlaku, akan tetapi, setelah bermuhasabah, kita akan capai satu kesedaran yakni kita solat bukan kerana Allah tetapi kerana perkara-perkara duniawi. Masalah pertama yang akan timbul dalam keadaan ini ialah wujudnya kemungkinan bahawa ibadah kita tidak diterima. Adakah Tuhan akan menerima apa-apa amal kebaikan yang dilakukan selain kerana-Nya? Adakah amal kebaikan tersebut sebenar-benarnya kebaikan?

Apakah implikasi memahami Tuhan sebagai Tuhan yang transaksional? Ramai daripada kita akan pasrah dengan ketidakijaban doa dan permintaan masing-masing walaupun kita telah meningkatkan perbuatan amal kebaikan pada masa-masa strategik. Hal ini demikian akan, mengakibatkan kita berasa kecewa buat seketika dan diikuti dengan kembalinya kita menurut kitaran tak menentu ini. Lama-kelamaan, kita akan berasa penat, penat dan pasrah dek kesemua permintaan dan doa yang tidak dikabulkan meskipun kita telah beramal ibadah sebelum keputusan doa-doa tersebut keluar. Akhirnya, kita akan putus asa dari segi keseluruhannya dan cuba untuk menjustifikasikannya dengan pengalaman kita selama ini. Jikalau Tuhan sepatutnya memberi ganjaran jika kita beramal ibadah dan kita rasa bahawa tiada ganjaran yang kita perolehi selepas beramal, mengapa kita patut beramalpun? Ini merupakan cara fikir kebiasaan yang disebabkan oleh pemahaman Tuhan yang transaksional. Ia merupakan punca penyakit spiritual yang menghalang kita daripada berasa dekat kepada Tuhan yang mana jikalau tidak diubati akan menyebabkan kita terjebak dalam menipu diri kita tentang kesihatan spiritual kita.

Bagaimanakah Patut Kita Fahami Tuhan?

Hubungan antara Tuhan dan hamba-hamba-Nya amatlah istimewa. Tuhan bukanlah ahli bisnes mahupun bank, usahlah kita memahami-Nya seperti itu. Umm Salamah ada mengatakan mafhumnya:

Demi Dzat yang mencabut nyawanya, dia tidak wafat hingga sebagian besar solatnya dikerjakan dalam keadaan duduk, dan amal yang paling dicintainya adalah amal soleh yang tetap dikerjakan oleh seseorang, walaupun itu sesuatu. kecil.

(Sahih,Sunan Ibn Majah 4237)

Apa-apa yang dicintai Rasulullah SAW, dicintai oleh Tuhan juga. Untuk memahami maksud amal soleh yang tetap dikerjakan (istiqamah), kita perlu memahami lawannya: amal yang tidak konsisten dilakukan. Ketiadaan istiqamah dalam melakukan amalan kita disebabkan oleh naik turun iman yang dipengaruhi oleh asam garam kehidupan. Menyucikan diri daripada kitaran naik turun ini memerlukan kita untuk fokus kepada yang abadi dan bukannya yang duniawi (sementara). Kita perlu melakukan apa-apa sekalipun hanya kerana kita cinta/hormat kepada Tuhan tanpa berkira dan mengharapkan apa-apa balasan. Bagaimanapun, kita tidak seharusnya berhenti memikirkan tentang segala azab yang akan kita akan kena apabila kita melakukan dosa. Kita mesti tahu yang Tuhan akan mengampunkan segala dosa kita. Inilah maknannya untuk bersangka baik terhadap Tuhan, dan doa yang terbaik ialah sangka baik kita kepada Tuhan.

Bagaimanakah Kita Sepatutnya Memikirkan tentang Amal Ibadah Kita?

Seringkali kita diberitahu agar kita melakukan apapun “Kerana Tuhan”. Walaupun ini niat yang terbaik, para ulama telah menyatakan dua lagi niat/sebab yang diterima oleh Islam. Dalam urutan yang meningkat darjahnya, niat/sebab-sebab tersebut ialah untuk mengelakkan azab api neraka dan untuk memasuki syurga. Niat kita perlulah disandarkan kepada dasar yang bukan duniawi kerana mana-mana niat yang berdasarkan dunia seperti untuk pujian, reputasi dan kekayaan material tidak akan diterima. Menghayati gaya pemikiran ini akan memaksa kita untuk cakna akan tahap keimanan ( keadaan jiwa) kita. Kita akan dapati bahawa kita bukanlah seseorang yang warak seperti yang kita dahulunya sangka; kita mungkin juga tidak berniat dengan betul. Apa gunanya kita mempunyai luaran yang menunjukkan kewarakan yang bertahan sepanjang hari namun menanggalkan “topeng” tersebut apabila kita berseorangan di rumah, malam-malam? Adakah kita warak jika kita memenuhi kehendak agama di tempat awam tetapi melebihi batas dengan keganasan domestik dan pornografi ketika kita di rumah? Menyedari kerendahan kita berbanding ketinggian arahan-arahan Tuhan mungkin menjadi sebab gelisah buat orang ramainya, tetapi kita mesti kekal bersangka baik terhadap Tuhan. Pemahaman kita tentang Tuhan akan mempengaruhi pembangunan kekuatan iman/jiwa/spiritual kita, dan kita mesti menerima betapa kotornya hati-hati kita sebelum kita menyucikannya.

Jika kita mengharapkan ganjaran yang segera selepas sahaja kita beramal soleh, itu menunjukkan bahawa kita rasa berkelayakan dan bongkak. Ia umpama kita meletakkan sebuah kayu ukur terhadap Tuhan di mana kita menggunakan kayu ukur tersebut untuk menetapkan sama ada Dia layak disembah ataupun tidak; maka terserlah hipokrasi dan kebongkakan kita terhadap Tuhan. Mengapa kita mahukan ganjaran segera untuk segala amal ibadah kita tetapi tidak mahukan hukuman segera bagi dosa-dosa kita? Pembetulan segala tanggapan salah tentang Tuhan mungkin akan mengurangkan ibadah kita pada mulanya kerana kita sedar yang kita tidak berniat ikhlas selama ini. Namun, kesedaran ini akan memberi motivasi untuk kita beramal soleh dengan penuh dedikasi dan konsisten (istiqamah) yang mana kepuasan beramal ini tidaklah berdasarkan ganjaran-ganjaran duniawi.

Menghadapi Keadaan Spiritual Kita

Menyedari bahawa segala amalan kita ialah tidak asli, transaksional dan tidak ikhlas sememangnya sangatlah berat. Ketahuilah bahawa jika Tuhan tidak menentukan bagimu untuk mengatasi kesedaran ini, kamu mungkin kekal berada dalam kelalaian. Ketahuilah bahawa kamu tidaklah jatuh darjah, tetapi sebenarnya kamu cuma sedar bahawa dahulunya, butanya kamu itu telah ditanggap sebagai keagungan spiritual. Ketahuilah bahawa langkah pertama ke arah Tuhan ialah perasaan rendah diri kemudian diikuti dengan fasa bertaubat. Terimalah panggilan Tuhan dan larilah daripada kelalaian dengan niat yang ikhlas serta pembaikan yang konsisten mahupun perlahan. Hal ini demikian kerana, niat kita lebih penting daripada ‘kehebatan’ amalan kita. Yakinlah dengan bantuan Tuhan.

Sebuah Solusi Praktikan

Bayangkan tiga kumpulan. Kumpulan-kumpulan ini ialah kategori-kategori am di mana kebanyakan orang boleh diletakkan dalam kategori-kategori tersebut, pada hemah saya. Pertamanya ialah golongan Muslim hanya pada nama. Kebanyakan daripada mereka susah untuk mengerjakan solat tetapi semakin ‘warak’ apabila mereka hendak menghadapi suatu perkara besar seperti peperiksaan dan sebagainya. Mereka terus mengulangi kitaran ini ( “susah untuk solat” ke “menjadi ‘warak’ apabila sesuatu perkara besar semakin dekat” ke “susah untuk solat semula”) sehingga mereka meninggalkan kebanyakan solat dalam sesebuah tahun kecuali mungkin dalam lebih kurang 2 bulan. Tibanya masa di mana mereka menemui ajal pada usia tua, mungkin mereka hanya berjaya mengerjakan 10% daripada segala solat wajib mereka.

Kumpulan kedua pula merupakan kumpulan yang bersungguh-sungguh dalam mencari nikmat daripada Tuhan. Mereka berperang habis-habisan melawan perasaan malas dan tidak ambil berat dalam diri mereka. Mereka memaksa diri mereka untuk menjadi ‘warak’ untuk sesuatu jangka masa. Namun, selepas bulan keempat, kerana mereka hanya melihat pemberhentian perkembangan spiritual, tanpa ada perubahan dalam kegembiraan mereka mahupun hasil duniawi, mereka akan berasa penat dan jatuh dari segi spiritual bagi bulan-bulan seterusnya hingga akhir tahun. Kitaran ini juga berulang-ulang. Jika mereka dapat mengelakkan berasa penat dan putus asa, mereka akan mati pada usia tua dengan hanya melengkapkan sepertiga daripada segala solat wajib mereka.

Kumpulan ketiga ialah mereka yang sedar akan bahayanya menganggap Tuhan sebagai entiti transaksional . Muslim-muslim ini mengaku bahawa segala amal mereka tidaklah cukup mahupun sempurna, maka mereka sangka bahawa mereka tidak mampu untuk bertemu Tuhan pada ketika itu. Mereka mepunyai semangat untuk menambah baik diri dan mula untuk mengambil langkah-langkah kecil kearah pembaikan. Pada bulan pertama, mereka menetapkan supaya mereka solat Subuh tanpa mengira keadaan hati/iman mereka. Selepas membiasakan diri untuk solat Subuh, mereka bermula untuk membiasakan solat Zuhur. Bulan seterusnya, mereka cuba untuk membiasakan solat Asar selepas sudah biasakan Subuh dan Zuhur. Beberapa bulan seterusnya, mereka akan kekal solat lima waktu tanpa pergantungan terhadap ganjaran duniawi. Ini merupakan salah satu tanda bahawa mereka betul-betul ikhlas. Gred yang rendah, masalah keluarga, patah hati dan sebagainya tidak akan mampu mengubah keinginan mereka untuk terus solat. Sepertimana manusia rasa dari segi emosi dan fizikal keinginan untuk makan, mereka ini telah membangunkan keinginan jiwa mereka untuk mendekatkan diri dengan Tuhan melalui solat. Jika ini berterusan, mereka akan menaikkan lagi kewarakan mereka serta meninggikan darjah mereka di sisi Tuhan.

Mana-mana manusia yang berakal akan mahu menjadi ahli daripada kumpulan ketiga memandangkan kumpulan pertama dan kedua menghadapi pemberhentian perkembangan spiritual dan ketiadaan konsistensi. Mereka juga merupakan hasil daripada ketagihan kita kepada kepuasan segera. Kepekaan kita terhadap kefahaman kita tentang Tuhan merupakan diagnosis keadaan spiritual kita dan tempat bermulanya pembaikan iman ialah hati kita. Kita mesti berusaha untuk mengawal segala kecenderungan psikologikal yang telah diterapkan dalam diri kita oleh masyarakat di mana terdapat pemahaman agama-popular yang menyatakan bahawa solat itu merupakan kerja berat dan kita sepatutnya menerima sebuah kehidupan yang mudah sebagai balasan daripada Tuhan. Tuhan bukan Bank dan kita tidak layak.


About the Author: Wassim Hassan is a graduate in Biology & Chemistry. He is currently a medical student as well as a student of traditional Islamic disciplines. His interests include Islam, Western Philosophy, Bioethics, and the Arabic Language.

This article was generously translated by Muhammad Shahmi Bin Shahrir, a student.

Disclaimer: Material published by Traversing Tradition is meant to foster scholarly inquiry and rich discussion. The views, opinions, beliefs, or strategies represented in published articles and subsequent comments do not necessarily represent the views of Traversing Tradition or any employee thereof.

Leave a Reply